Make your own free website on Tripod.com

22 Mei 98

Bukan Salah ku

Baca:


Previcon.gif (1221 bytes)Indxicon.gif (1543 bytes)Downicon.gif (1161 bytes)Nexticon.gif (1232 bytes)

    Saudara, seorang anak yang telah di dera baik secara fizikal maupun mental selalunya menanggung penderitaan yang dalam secara emosional dan spiritual.

Identiti dan personaliti yang bukan dari kehendak atau rancangan mereka sendiri selalunya terbentuk tanpa mereka sedari.

Ia adalah satu formasi yang tidak terbentuk atau terjadi dengan sekelip mata sahaja.

Masa dan tahun yang berlalu mengumpul dan membentuk molekul-molekul @ jirim-jirim personaliti  dan identiti yang baru ini tanpa pengetahuan dan kesedaraan si mangsa.

Yang banyak kali tidak kelihatan pada awal usia seseorang itu.

Contoh 1:
Seorang anak yang ayahnya adalah seorang yang pemabuk, yang selalu mengamuk bila pulang ke rumah, memukul isteri dan marah-marah tak tentu pasal  akan membawa formasi yang negatif kepada personaliti dan identiti anak ini.

Contoh2:
Seorang mangsa rogol sejak kanak-kanak, didera secara sexual dan mental akan membenci setiap lelaki yang cuba menghampirinya.

Akan senantiasa berasa dirinya tidak layak, kotor dan berdosa.

Kalaupun dia sudah berumahtangga nanti pembawaan tabii ini akan kelihatan juga oleh suaminya.

Contoh 3:
Seorang anak yang selalu dikutuk dan dijerit dengan nama-nama yang negatif (anak haram, bodoh, anak babi, anak anjing, anak derhaka, sundal, tidak guna, anak gampang, si gemuk, si pendek, si botak dll.) selalunya akan menjadi seorang ‘inferiority complex’. Rasa tidak layak, tidak setanding, takut, malu dan pendiam.

Contoh 4:
Seorang anak yang tidak pernah merasai kasih sayang dan tidak pernah mendengar kata-kata kasih dari ibubapa mereka, boleh menjadi apa saja kalau tidak ada pegangan hidup.

Saudara lihat ramai yang terlibat dengan dadah, menjadi bohsia dan bojan, lepak, buruk perangai, memberontak, samseng dll. Adalah kerana mereka tidak memiliki dan menikmati perhatian dan kasih sayang cukup di rumah.

Nah! Saudara tidak kira apapun keadaan, situasi maupun orang yang telah mempengaruhi pembentukkan personaliti saudara di masa silam, hari ini saudara  adalaha ciptaan baru, yang lama telah berlalu dan yang baru telah datang.
 
 


Dalam Tuhan, kita adalah ciptaan yang baru


   [ PrevIndexAtas |Next ]