5 Jun 98

  Perasaan Terkutuk

Baca: Turnbook.gif (1625 bytes)Roma 8


   Demikianlah sekarang tidak ada penghukuman bagi mereka yang ada di dalam Kristus.
                                                                                   Roma 8: 1


Previcon.gif (1221 bytes)Indxicon.gif (1543 bytes)Downicon.gif (1161 bytes)Nexticon.gif (1232 bytes)

 Roma 8: 2 Roh, yang memberi hidup telah memerdekakan kamu dalam Kristus dari hukum dosa dan hukum maut.

 Saudara lihat ayat ini, walaupun firman Allah telah mengesah dan menjaminkan keselamatan dan kedudukan  kita di dalam Kristus, namun masih ramai lagi kristian yang masih hidup di dalam ‘self condemnation’; perasaan bersalah @ perasaan terkutuk @ perasaan tidak layak.

 Akibatnya ialah mereka sukar sekali mau mendekati Allah. Setiap kali mereka mau mendekati Allah, perasaan bersalah, perasaan terkutuk ini mula menghantui mereka.

 Suara-suara yang menuduh dan menekan mereka mula kedengaran di hati mereka. “Hei! Kamu ini berdosa. Hei! Kamu ini tidak layak. Hei! Siapa kamu fikir kamu ini? Hei! Kamu mau mengajar orang lain kamu pun melakukan perkara yang sama juga. Hei! Hidup kamu pun tidak beres. Hei! Ingat lagi apa yang kamu telah lakukan?”

 Macam-macam lagi.

 Walaupun mereka berdoa, namun mereka tidak yakin yang doa mereka bisa didengar oleh Allah. Malah mereka tidak yakin yang Allah masih  memperdulikan mereka.

 Mereka tidak yakin lagi akan keselamatan mereka. Mereka tidak yakin lagi akan kedudukan mereka di dalam Tuhan.

 Ramai yang sampai tidak mau pergi ke gereja dan mengikuti sebarang persekutuan kristian. Mereka malu !!

 Setiap kali mereka bergaul dengan sesama saudara seiman, mereka berasa begitu kecil.

 Tapi ada yang bisa bertahan, bisa bersembunyi di sebalik topeng. Namun di dalam hati mereka, tetap tidak tenteram dan tenang.

 Tidak kurang juga yang sampai bunuh diri kerana tidak bisa tahan dengan tekanan perasaan bersalah ini.

 Saudara, ketahuilah bahwa, perasaan seperti ini bukan berasal dari Allah. Suara-suara yang saudara dengar menghantui dan menuduh saudara, bukan suara Roh Kudus.

 Tapi suara iblis. Yang memang mau menjauhkan saudara dari Bapa. Dan yang senantiasa cuba mau memutuskan hubungan saudara dengan Bapa Syurgawi.

 Saudara jangan keliru, di antara suara iblis dan suara Roh Kudus ada perbezaannya.

 Tanggungjawab Roh Allah ialah menyedarkan kita akan dosa supaya kita bisa mengakunya, memohon pengampunan dan kembali kepada Bapa SELESAI !!!

 Tetapi mulai dari sini, Setan selalunya mula memainkan peranannya iaitu meniru pekerjaan Allah dan menyedarkan kita akan dosa kita yang Allah sudah ampuni.

 Saudara yang terperangkap dengan tipu muslihat  dan tuduhan-tuduhan iblis ini selalunya terus-terusan berpusing di dalam kitaran yang sama.

 Sehingga terus-menerus mengaku dosa, tetapi tidak pernah ada kepastian akan pengampunanNya.

 Atau saudara akan mula percaya tipu muslihat ini yang saudara harus terus hidup dengan perasaan terkutuk  sebagai satu hukuman dari dosa saudara.

 Ketahuilah saudara, pada hari ini, akan kebenaran firman Allah. Yang terdapat di dalam: 1 Yoh 1:9 mengatakan “ Jika kita mengaku dosa kita, maka Ia adalah setia dan adil, sehingga Ia akan menampuni segala dosa kita dan menyucikan kita dari segala kejahatan”.

 Sekiranya saudara telah mengaku dosa saudara, lain kali kalau iblis datang memperingatkan saudara akan dosa silam saudara, peringatkan dia akan masa depannya!

 Ada sebuah kisah benar kaum bangsawan:-

 Kononnya ada seorang perempuan yang bernama Lady Macbeth. Beliau telah membunuh Raja Duncan. Sebelum dia melakukannya dia berkata kepada suaminya “Jangan bimbang  setitik air saja akan menyelesaikan segalanya.”

 Tetapi suaminya sudah memberitahunya dengan berkata.

 “Bolehkah lautan besar Neptune mencuci darah dan membersihkan tangan ini? Biar seluruh lautan disatukan pun tidak sanggup menjadikan yang merah itu hijau.”

 Walaupun Lady Macbeth kira kesalahannya bisa dipadam dengan mudah, akhirnya beliau kalah melawan perasaan bersalah dan perasaan terkutuk yang ada di dalam hati kecilnya.

 Sambil meratap beliau menjerit “Inilah bau darah yang melekat di tangan ini; biar semua minyak wangi yang ada di Arabia pun tidak sanggup menghilangkannya.”

 Bila tekanan mental ini sudah tidak dapat dikawalnya lagi.

 Lady Macbeth pun mula melakukan apa yang dilakukan oleh TIGA PULUH RIBU  rakyat Amerika lakukan setiap tahun; beliau membunuh diri.

 Kisah yang sama juga pernah terjadi di dalam Alkitab.

 Lihat Matius 27:3-4

 Setelah menjual Yesus, Yudas menjadi begitu menyesal apabila mengetahui yang Yesus mau dijatuhkan hukuman mati, lalu ia mengembalikan wang tiga puluh perak itu kepada imam-imam kepala dan tua-tua, dan berkata: “Aku telah berdosa karena menyerahkan darah orang yang tak bersalah.”……..

 Yudas menyesal tetapi dia tidak bertaubat. Perasaan terkutuk dan besalah menguasainya sehingga menyebabkan Yudas mengambil jalan singkat iaitu dengan menggantungkan dirinya.

 Menurut Alkitab (KPR 1: 18) dia jatuh tertelungkup, dan perutnya terbelah sehingga semua isi perutnya tertumpah keluar.

 Saudara, ramai orang yang telah melakukan kejahatan seperti; percabulan, penderaan sex, penderaan kanak-kanak, rogol, dan membunuh, hidup di dalam neraka peribadi mereka.

 Mereka membenci dan marah pada diri sendiri.

 Sehingga mereka membuat rumusan yang  dosa mereka ini adalah dosa yang tidak dapat diampuni.

 Kesaksian; Ada seorang lelaki yang dengan tidak sengaja telah memindahkan penyakit AIDS kapada isterinya mengutuk dirinya dan mengutuk Tuhan kerana dosa-dosanya yang silam.

 Katanya “Saya tidak mahu pengampunan Tuhan walaupun Dia memberikannya kepada saya,” dia bersungut dengan marah, “ sebab tidak kira apa yang terjadi, saya memang patut di bakar di dalam api neraka.”

 Kerana tidak dapat mengampuni dirinya sendiri, pengampunan yang Tuhan berikan sudah menjadi tidak bererti lagi bagi nya.

 Apa yang difikirkannya ialah dosanya tidak dapat lagi diampuni.

 Saudara yang dikasihi di dalam Tuhan ramai Kristian hidup di dalam ‘ ‘self-condemnation’ kerana tidak dapat mengampuni diri mereka sendiri.

 Banyak dosa dan banyak kejahatan yang mereka lakukan, ada yang kelihatan ada pula yang tidak kelihatan. Namun mereka tidak bisa lari dari hati kecil mereka.

 Walaupun sudah banyak kali bertaubat, sudah banyak kali memohon pengampunan, namun berkali-kali juga mereka jatuh di dalam pencobaan yang sama.

 Lalu mereka mula hidup di dalam dunia kepura-puraan, penafian dan kepalsuan.

 Penipuan adalah permainan yang paling berkesan untuk bersembunyi dari kenyataan.

 Mereka hidup di dalam dua personaliti dan peribadi yang berlainan. Di gereja mereka lain. Di luar gereja mereka lain. Di rumah mereka lain. Di kantor @ pejabat mereka lain. Di mimbar mereka lain. Di belakang mimbar mereka lain.

 Kesaksian; Ada seorang gadis muda telah di heret oleh seorang perempuan yang lebih tua darinya untuk mengadakan hubungan seks. Pada mulanya dia menolak, tapi akhirnya dia mengalah. Dan terus hidup dan bergumul di dalam lesbianisma.

 Beliau mula menulis kepada seorang pastor, di dalam suratnya  beliau berkata; “ Saya tahu Tuhan telah mengampuni saya, tetapi saya tidak bisa mengampuni diri saya sendiri.. Banyak kali saya keletihan dan berasa tua. Adakah harapan untuk saya?”

 Saudara gadis ini masih lagi berasa condemn dan kotor, walaupun sudah mengaku dosanya, mungkin sudah banyak kali. Mengapa ? Kerana dia sendiri tidak dapat mengampuni dirinya sendiri.

 BAGAIMANAKAH SAUDARA KITA BISA KELUAR DAN BEBAS  DARI PERASAAN TERKUTUK, PERASAAN BERSALAH DAN PERASAAN CONDEMN INI?

 Ada enam langkah untuk saudara bebas dan keluar dari perasaan terkutuk:-

 Langkah pertama: Bertaubat dan mengaku dosa saudara dan memohon pengampunan dari Tuhan atas segala kesalahan dan dosa saudara.

 Mazmur 32:5 Daud berkata “Dosaku kuberitahukan kepada Mu dan kesalahanku tidaklah kusembunyikan; aku berkata : aku akan mengaku kepada Tuhan pelanggaran-pelanggaranku,” dan Engkau Tuhan mengampuni kesalahan kerana doasaku.”

 Sesungguhnya tidak guna kita bersembunyi dari Allah, kerana tidak satu perkara pun yang tidak diketahuiNya. Segala dosa yang kita lakukan secara tersembunyi semua dilihat dan ketahuiNya.

 Allah tahu pelanggaran-pelanggaran kita dan Allah juga tahu yang kita memerlukan pengampunanNya.

 Kerana itu saudara kita tidak perlu segan-segan @ malu-malu @takut-takut mau mengaku kesalahan kita di hadapanNya. Kerana Dia mengetahui semuanya.

 Di dalam Mazmur 51 Daud mula berseru kepada Tuhan memohon pengampunan daripadaNya tanpa rasa malu, tanpa rasa silu dan tanpa rasa takut. – Sila baca.

 Langkah kedua: Tidak cukup untuk saudara hanya memohon pengampunan dari Allah, saudara juga harus memohon penyucian dan pentahiran daripadaNya.

 Lihat Mazmur 51:9 Daud berkata “ Bersihkanlah aku daripada dosaku dengan hisop, maka aku menjadi tahir. Basuhlah aku maka aku menjadi lebih putih dari salju!”

 Langkah ketiga: Ampunilah diri saudara dan segala kesalahan yang saudara telah lakukan terhadap diri dan hidup saudara dan juga terhadap orang lain.

 Kerana sesungguhnya walaupun Tuhan bisa mengampuni saudara dari segala kesalahan dan dosa saudara, namun kalau saudara tidak bisa mengampuni diri saudara sendiri, saudara tidak dapat bebas dari perasaan comdemnation ini.

 Langkah keempat: Terimalah pengampunan dari Tuhan.

 Kalaupun Tuhan dapat memberi saudara pengampuniNya. Tetapi saudara tidak dapat menerimanya. Ia tidak membawa kesan terhadap diri saudara. Seperti kesaksian (suami) yang saudara dengar tadi.

 Langkah kelima: Terimalah diri saudara seadanya. Terimalah identiti saudara yang baru di dalam Tuhan. Saudara telah menjadi baru dan yang lama telah berlalu.

 2 Kor 5:17 mengatakan “ Jadi siapa yang ada di dalam Kristus, ia adalah ciptaan baru; yang lama sudah berlalu, sesungguhnya yang baru sudah datang.”

 Untuk kes yang lebih berat. Saudara harus teruskan lagi satu langkah. Iaitu,

 Langkah Keenam: Jumpalah seorang pastor atau pemimpin rohani saudara dan mintalah bimbingan dan kaunselling daripadanya.

 Saudara, ketahuilah di dalam Tuhan ada pengampunan, di dalam Tuhan adalah pelepasan dan di dalam Tuhan ada kemerdekaan.

 Saudara bisa hidup bebas dari Condemnation kalau saudara tahu kedudukan saudara di dalam Kristus.

 Kesaksian Sewaktu melayani di gereja SIB Kuala Lumpur 25/5/98 saya sempat berkenalan dengan seorang bekas samseng. Kononnya beliau biasa terlibat di dalam penjualan senjata, membunuh, menyeludup perempuan, merogol dan macam-macam lagi. Badannya tegap, tinggi. Kononnya bila selesai menjalankan penghantaran manusia ke destini yang di tetapkan, beliau akan mengerat jari mangsa untuk di tunjukkan kepada majikan sebelum mendapat upah. Sudah banyak kali keluar masuk penjara.

 Tapi kini saudara ini sudah bertaubat dan bergiat aktif di dalam penginjilan memenangi orang-orang seperti beliau untuk kerajaan Allah di Chow Kit.

 Kesaksian Ada seorang lagi saya kenali bekas ketua 7000 ninja sewaktu zaman Jepun. Kalau mereka mau membunuh orang mereka akan merendamnya di dalam asid, sehingga reput dan hancur semua tulang-tulangnya.

 Orang ini juga sudah bertaubat, dan kini merupakan seorang pendita yang melayani Tuhan sepenuh masa.

 Kesaksian Ada seorang India lagi di Kuala Lumpur, dulunya merupakan seorang penagih dadah. Sudah bertaubat  dan hari ini beliau adalah seorang gembala. Yang fasih berbahasa Cina.

 Nah! Saudara yang dikasihi di dalam Tuhan. Tidak kira apapun kesalahan saudara di masa silam. Tidak kira hitam manapun dosa yang saudara telah lakukan, tidak kira buruk manapun, hina mana pun kejahatan yang saudara telah lakukan.

 Pada hari ini kalau saudara sanggup bertaubat, dan memohon pengampunan dan penyucian dari Allah, Dia mahu mengampuni, Dia mahu menyuci dan Dia mau menerima saudara kembali ke pangkuanNya.

 Terimalah pengampunanNya. Dan Ampunilah diri saudara. Ya! agar saudara bisa bebas dan merdeka dari perasaan terkutuk ini.

 Yesaya 43:25 Firman Allah berkata “ Aku, Akulah Dia yang menghapuskan dosa pemberontakkan mu oleh karena Aku sendiri, dan Aku tidak meningat-ingat dosamu.”

 Saudara kalau Allah sendiri sudah tidak mengingat-ingat dosa-dosa kita, mengapa pula kita mau mengingat-ingatkannya lagi. Lalu berasa Condemn.

 Kesaksian, Ada seorang lelaki di Amerika yang telah banyak melakukan jenayah. Mangsanya ialah gadis-gadis sunti. Setelah di rogol beliau akan membunuh gadis-gadis ini dengan kejam.

 Lelaki akhirnya ditangkap dan di jatuhkan hukuman mati. Namun di saat-saat akhir sebelum dia duduk di kerusi elektrik, dia sempat bertaubat, dan menerima Yesus.

 Pada pendapat saudara adakah Tuhan akan mengampuninya dan menempatkannya di syurga? Sudah pasti !! Kerana itu adalah janjiNya.

 Sungguh luarbiasa kasih karunia Allah saudara.

 Hari ini adalah hari pelepasan bagi saudara, setiap saudara yang dibelenggu perasaan terkutuk @ self comdemnation Allah mahu membebas saudara.

 Puji Tuhan kerana pengampunanNya tidak mengira masa silam saudara, apa pun kesalahan @ dosa yang saudara telah lakukan di masa silam Tuhan dapat mengampuninya.

 Kerana itu terimalah hati nurani yang baru dan penyucian oleh Darah Anak Domba iaitu hak saudara sebagai anak Tuhan. Dan bukannya terus-menerus memohon pengampunan untuk dosa yang Tuhan telah ampuni.

 Di dalam Mazmur 32:1-2 Daud menulis:

 “Berbahagialah orang yang diampuni pelanggarannya,yang dosanya ditutupi! Berbahagialah manusia, yang kesalahannya tidak diperhitungkan Tuhan, dan yang tidak berjiwa penipu!”

 Roma 5:1 Ada tertulis: “Sebab itu kita yang dibenarkan karena iman, kita hidup dalam damai sejahtera dengan Allah oleh karena Tuhan kita Yesus Kristus.”

 Kita dibenarkan dengan iman. Kita telah diampuni sepenuhnya. Dibenarkan bukan kerana kebaikan-kebaikan kita sendiri, melainkan kerana iman percaya kita terhadap Tuhan.

 2 Kor 5:21 Menambah lagi “Dia yang tidak mengenal dosa telah dibuatNya menjadi dosa karena kita, supaya dalam Dia kita dibenarkan oleh Allah.”

 Saudara Roma 8:1-2 sudah mengesahkan bahwa di dalam Kristus tidak ada  ‘Comdemndation’.

 Kerana itu saudara datanglah dengan berani di hadapan Allah tanpa ada perasaan takut dan tidak layak.

 Tuhan mau saudara mendekatiNya.

 Tuhan rindu untuk menjalin hubungan yang intim dengan saudara.

 Tuhan rindu untuk bersekutu dengan saudara.

 Di dalam segalanya saudara lihat, bahwa Tuhanlah yang memulakan inisiatif untuk mendekati saudara.

 Alkitab mengatakan Dialah yang mencari kita dan bukan kita yang mencari Dia.

 Di dalam Yakobus 4:8 ada tertulis, “Mendekatlah kepada Allah, dan Ia akan mendekat kepada mu.”

 Jangan biarkan perasaan tidak layak, perasaan terkutuk ini menghalang saudara daripada mendekati Allah.

 Amen.


Tuhan tidak pernah melihat siapa anda yang mendekatiNya


   [ PrevIndexAtas |Next ]