6hb Mei 1998

 Doa

Baca:


 


Previcon.gif (1221 bytes)Indxicon.gif (1543 bytes)Downicon.gif (1161 bytes)Nexticon.gif (1232 bytes)

Tanggungjawab yang paling asas tetapi paling utama bagi seorang kristian ialah Doa.

Seorang Kristian yang tidak berdoa adalah seorang kristian yang belum menunaikan tanggungjawab asas ini.

Nah! Saudara, sebelum saudara bisa melakukan perkara-perkara yang besar dan  yang luarbiasa saudara perlu belajar melakukan perkara yang asas dulu.

Iaitu berdoa.

Sekiranya saudara tidak sanggup melakukan perkara yang asas ini. Bagaimanakah mungkin saudara bisa melakukan perkara-perkara besar?

Seorang Kristian yang tidak berdoa, samalah seperti sebuah kereta yang punya enjin tetapi tidak petrol.

Punya nama kereta, tetapi berupaya untuk bergerak.

Tidak bisa dipandu dan tidak bisa memberi apa-apa khidmat kepada tuannya.

Nah! Saudara, begitu jugalah kehidupan seorang kristian yang tidak berdoa.

Saudara sudah pasti punya gelaran kristian, punya salib yang besar tergantun pada leher saudara lagi.

Tetapi saudara tidak punya kuasa untuk melakukan apa-apa.

Ya! Sudah pasti saudara bisa melakukan banyak aktiviti, namun aktiviti-aktiviti yang saudara lakukan itu akan saudara lakukan dengan kekuatan kemanusiaan @ kekuatan kedangingan.

Saudara, bisa menjerit kuat haleluya! Haleluya! Malah bisa bernyanyi puji Tuhan di gereja dengan baik. Bermain alat musik dan sebagainya.

Tetapi, apapun yang saudara lakukan, kalau sekiranya saudara tidak hidup dalam kehidupan doa, semuanya akan hanya memenatkan dan meletihkan tubuh badan saudara sahaja.

Kerana di dalam doalah kita memperoleh kekuatan.

Seorang Kristian yang tidak berdoa, samalah seperti sepohon bunga yang tidak di sirami air.

Pada mulanya ada mekarnya, pada mulanya ada cantiknya, pada mulanya ada harumnya.

Tapi lama kelamaan semua itu akan hilang apabila bunga tadi sudah menjadi layu dan kering. Ya, kerana tidak disirami air.

Ini selalu terjadi kepada pohon-pohon bunga di rumah saya.

Ya, apabila kami meninggalkan rumah, pergi ke kem atau pergi bercuti. Selalunya bila kami pulang, pohon-pohon bung di rumah semuanya layu dan kering.

Nah! Saudara, ini jugalah yang akan terjadi kepada kehidupan rohani saudara; layu, kering, tiada mekar, tiada cantik maupun harumnya lagi kalau sekiranya saudara tidak berdoa.

Dua lagi perumpamaan yang saya mau saudara lihat ialah.

Sebuah kolam yang tidak ada ikan, biar berapa lamapu saudara pancing, saudara tidak akan mendapat hasilnya.

Mengapa? Sebab, kolam tadi tidak ada ikannya.

Nah! Kalau saudara seorang kristian yang tidak berdoa, saudara samalah seperti kolam yang tidak mempunyai ikan ini.

Biar berapa lama pun orang lain mendekati saudara, mereka tidak akan memperolehi apa-apa makan rohani  dari saudara.

Mengapa? Kerana dalam kehidupan saudara sendiri tidak ada ikan yang saudara bisa berikan kepada mereka.
Saudara mengerti maksud saya?

Seorang Kristian yang tidak berdoa, tidak ubah juga seperti sebuah perigi yang dalam tetapi tidak ada air.

Saudara, apa yang ingin saya katakan di sini, ialah Doa adalah begitu teramat penting dalam hidup kita.

Saya bukan membicarakan doa yang biasa-biasa pada waktu makan dan
waktu tidur.

Apa yang saya bicarakan ialah kehidupan berdoa.

Kerana DOA dan KRISTIAN tidak boleh di pisahkan.

Kalau saudara mau menjadi seorang Kristian yang punya kemenangan, maka saudara harus belajar BERDOA.

Seorang Kristian yang tidak berdoa samalah juga seperti seorang anak yang tidak pernah bercakap dengan bapanya.

Bayangkan sebuah keluarga yang anak-anak tidak pernah bercakap dengan bapa mereka.

Rahsia keberhasilan hidup dan pelayanan Yesus ialah Doa.

Lihat Lukas 4:32 Orang-orang di Kapernaum begitu kagum dan takjub dengan cara Yesus mengajar kerana kata-kataNya penuh kuasa.

Lukas 4:33-34 Sewaktu mengajar di rumah ibadat ada seorang yang tiba-tiba berteriak-teriak terhadap Yesus.

Lukas 4:35 Tetapi Yesus menghardiknya, kataNya: “Diam, keluar daripadanya!” Dan setan itupun menghempaskan orang itu ke tengah-tengah orang banyak lalu keluar daripadanya dan samasekali tidak menyakitinya.

Ayat 36 mengatakan ‘Dan semua orang takjub, lalu berkata seorang kepada yang lain, katanya “Alangkah hebatnya perkataan ini ! Sebab dengan penuh wibawa dan kuasa Ia memberi perintah kepada roh-roh jahat dan mereka pun keluar.”’
Lukas 4:37 Mengatakan “ Dan tersebarlah berita tentang Dia ke mana-mana di daerah itu.”

Saudara lihat begitu luarbiasa pelayanan Yesus.

PerkataanNya begitu penuh kuasa, sehingga setan pun harus tunduk kepadanya.

Dalam satu pelayanan sahaja Yesus sudah  menjadi popular.

Kalau saudara baca Alkitab saudara banyak lagi perkara-perkara luarbiasa yang Yesus lakukan.

Tidak seorang pun yang datang kepadaNya tidak dilayaniNya. Baik yang bisu mau pun yang tuli, yang buta dan yang lumpuh, orang-orang berdosa,  pemungut-pemungut cukai, pelacur, yang sakit, yang kerasukkan, mahupun yang mati, semuanya dapat dicapai Yesus, semuanya dapat dilayaniNya.

Yesus tidak pernah berkata, “Pulanglah, hari ini saya belum siap untuk melayani; belum berdoa lagi.”

Semua yang datang kepaNya tidak akan pulang sia-sia.

Kalau mereka datang sakit, mereka akan pulang sembuh, kalau mereka datang buta, mereka akan pulang celik, kalau mereka datang lumpuh, mereka akan pulang berjalan, kalau mereka datang mati, mereka akan pulang hidup.

Banyak lagi yang dilakukan Yesus yang tidak di catat di dalam Alkitab saudara. Mengapa?

Lihat Yohanes 21:25,  Mengatakan “ Masih banyak hal-hal lain lagi yang diperbuat oleh Yesus, tetapi jikalau semuanya itu harus dituliskan satu persatu, maka agaknya dunia ini tidak dapat memuat semua kitab yang harus ditulis itu”.

Dalam pelayanan, banyak kali Yesus sampai tidak punya waktu untuk makan.
Setiap hari Dia di kerumuni orang, yang datang berbodong-bondong kepadaNya.

Namun kekuatanNya tetap segar setiap hari. Tetap bugar setiap masa.

Apakah rahsia Yesus saudara ? Sehingga pelayananNya menjadi begitu luarbiasa, menakjubkan dan penuh kuasa ?

Dua ribu tahun sudah berlalu tapi kesan pelayananNya kelihatan sampailah  kehari ini. LUARBIASA !!!!

Jawabnya ialah DOA.

Lukas 5:16 Akan tetapi Ia mengundurkan diri ke tempat-tempat yang sunyi dan berdoa.

Lukas 9:18 Pada suatu kali ketika Yesus bedoa seorang diri,…………….

Banyak lagi ayat-ayat yang menunjukkan yang Yesus adalah seorang hidupNya penuh dengan Doa.

Lukas 10:38-41 Sila baca.

Banyak kali orang Kristian tidak ubah seperti Marta sibuk dengan pekerjaan-pekerjaan pelayanan.

Sehingga mereka tidak punya waktu untuk duduk diam di bawah kaki Tuhan.

Saudara lihat di dalam kisah ini.

Kalau di lihat dari segi pekerjaan, Marta memang lebih banyak melakukannya. Sedangkan Maria hanya duduk diam dekat kaki Yesus menikmati kata-kata dan hadiratNya.

Ternyata Yesus lebih senang dengan Maria yang duduk diam bersama denganNya berbanding dengan Marta yang sibuk melayani.

Apakah yang saudara belajar di sini saudara?

Biar pun banyak yang saudara boleh lakukan untuk Tuhan. Tetapi kalau sekiranya saudara tidak punya waktu untuk bersekutu denganNya. Maka apa pun yang saudara lakukan tidak ada ertinya.

Di dalam DOA saudara bersekutu dengan Tuhan.

Didalam DOA  saudara berkata-kata dan mendengar perkataanNya.

Di dalam DOA saudara menikmati hadiratNya.

Di dalam DOA saudara dikuatkan.

Di dalam DOA saudara diperbaharui.

Tuha lebih senang saudara punya waktu bersendirian bersamaNya. Daripada kesibukan-kesibukan saudara dalam pelayanan.

Bukan bereerti saudara tidak perlu sibuk melayani. Tetapi di dalam kesibukkan saudara, janganlah saudar sampai lupa untuk memberi waktu untuk mencari wajah Tuhan yang adalah sumber kekuatan saudara.

Nah! Saudara, mulai dari hari ini, ubahlah gaya hidup saudara.

Jadikan DOA itu sebagai ‘Life Style’.

Kalau muda-mudi zaman sekarang sibuk dengan budaya-budaya lepak, bohsia, bojan, sibuk dengan rentak musik duniawi, sibuk dengan fesyen terkini dan cara hidup bebas mereka.

Saudara pula sibuk dengan DOA saudara. Setiap hari, setiap saat, setiap

Nah! Saudara, mulai hari ini peruntukkanlah setiap hari sekurang-kurangnya satu jam untuk berdoa.
detik saudara menjadi asyik dengan persekutuan intim saudara dengan Allah.


Kerana DOA  adalah tanggungjawab yang paling asas kita sebagai Umat Pilihan Allah.


DOA - makanan ruji seorang Kristian


   [ PrevIndexAtas |Next ]