17 April 1998

Bersendirian Bersama Allah

Baca: Turnbook.gif (1625 bytes)Keluaran 34:1-35




Previcon.gif (1221 bytes)Indxicon.gif (1543 bytes)Downicon.gif (1161 bytes)Nexticon.gif (1232 bytes)

    Saudara, saat-saat dimana saudara bersendirian bersama dengan Allah adalah saat yang paling indah dan yang paling utama sekali daripada segala sesuatu yang saudara bisa lakukan di muka bumi ini.

Kerana di sanalah saudara akan lebih mengenali isi hati Nya.

Ramai Kristian yang menjadi hangat-hangat tahi ayam kerana tiada waktu dan masa yang mereka peruntukkan untuk bersendirian bersama dengan Allah.

Saudara terus terang saya mengatakan, banyak kali saya menjadi kehairanan bila melihat, ramai kristian yang begitu kelihatan ‘spritual’ sekali sewaktu melayani, begitu berapi-api dan sungguh-sungguh dalam pada luarnya; tetapi tidak punya waktu untuk bersendirian bersama dan bersekutu denganNya.

Banyak aktiviti dan banyak perkara yang saudara boleh lakukan sehingga meletihkan badan, sehingga saudara kelihatan bergitu rohani sekali.

Namun apalah erti semuanya itu kalau saudara tidak pernah punya ada waktu untuk bertemu muka dengan muka dengan Bapa.

Saudara, ketahuilah, sepertimana  sepohon pokok memerlukan air setiap hari untuk tumbesar. Begitu jugalah saudara dan saya perlukan Tuhan.

Bagi saya saat unutk bersemdirian bersama dengan Allah merupakan saat dan waktu yang paling utama dan penting sekali dalam hidup saya.

Setiap hari sebelum saya memulakan hari-hari saya saya pastikan saya sudah mengadap Bapa, ya untuk bersendirian bersama denganNya. Berbicara, memuji dan mendengar suara bisikan RohNya.

Selepas itu barulah saya mula melakukan kerja-kerja harian saya.

Kerana saya tahu Dialah Sumber bagi segala yang saya perlukan dalam hidup ini.

 


Jumpalah Tuhan dahulu sebelum keluar dari kamar anda 


   [ PrevIndexAtas |Next ]