21 Ogos 1998  

Idola

Baca:




Previcon.gif (1221 bytes)Indxicon.gif (1543 bytes)Downicon.gif (1161 bytes)Nexticon.gif (1232 bytes)

 Saudara ramai pasangan kekasih yang berkata “Kalau Remeo pergi dari saya, saya akan bunuh diri, kerena tiada guna lagi untuk saya hidup tanpa dia.”

 Atau “Kalau Juliet meninggalkan saya, lebih baik saya mati, kerena saya tidak boleh hidup tanpa dia.”

 Ini merupakan satu penipuan saudara!

 Ini tidak benar!!

 Saudara yang berkata atau berperasaan demikian adalah kerana saudara telah hidup dan percaya kepada penipuan.

 Dan penipuan itu ialah saudara telah membenarkan orang ini (Remeo atau Juliet saudara) menjadi idola dalam kehidupan saudara.

 Menjadi yang terutama dan yang terpenting dalam hidup saudara.

 Menjadi yang teristimewa dan menjadi segala-galanya bagi saudara.

 Menjadi nyawa dan menjadi satu-satunya tujuan saudara untuk hidup.

 Saudara, ramai pasangan kekasih dan suami isteri yang telah pecah @ terputus tidak dapat meneruskan hidup mereka kerana penipuan ini.

 Kerana mereka telah menjadikan orang yang mereka cintai dan kasih ini satu-satunya dasar mereka untuk hidup.

 Mereka telah menggantungkan segala-galanya atas seseorang ini.

 Seharusnya  ini tidak terjadi di dalam kehidupan anak-anak Tuhan.

 Dan Allah sesungguhnya tidak berkenan dengan cara yang begini.

 Kalau ia terjadi dalam hidup kita, maka kita sudah terbabit dengan satu kesalahan yang sama seperti “penyembahan berhala’.

 Tuhan tidak menjadikan laki-laki dan perempuan itu sebagai dasar yang utama atau idola untuk hidup masing-masing.

 Melainkan untuk saling melengkapi satu dengan yang lain.

 Tidak seharusnya ada di antara kita di sini yang menjadikan seseorang manusia sebagai satu-satunya sebab kewujudan kita.

 Kerana tidak ada kisah cinta manusia (sepasang kekasih) yang cukup sempurna dan cukup untuk menggantungkan segala-galanya.

 Segala sesuatu haruslah digantung dan disandarkan kepada satu tempat dan satu orang sahaja: TUHAN.

 Kerana hanya Dialah satu-satunya yang sempurna, yang cukup kuat dan yang tidak pernah berubah untuk mengangkat dan memikul segala-galanya. BUKAN MANUSIA MANA PUN.

 Inilah kebenaran saudara: BAHWA ALLAHLAH SATU-SATUNYA IDOLA DAN SATU-SATUNYA SEBAB KEWUJUDAN SAUDARA.

 Dapatkah saudara percaya dan menerima kebanaran ini?

 Setan ialah penipu dan mahu saudara dan saya mempercayai penipuan dan muslihatnya. Dan merencanakan segala sesuatu untuk membawa kebinasaan ke dalam hidup saudara dan saya.

 Namun selagi saudara belum menerima atau mempercayai penipuannya, ia tidak ada kuasa terhadap saudara.

 Tetapi kalau saudara sudah mempercayai tipu muslihat iblis, dan sampai ke dasar hidup yang palsu, tidak mudah untuk saudara berpatah balik.

 Jalan pulang saudara mungkin sukar.

 Tetapi Tuhan melalui segala krisis, kesakitan, kepahitan dan masaalah yang timbul dan diizinkanNya dalam kehidupan ini akan pasti membawa saudara kepada JALAN KEBENARAN.

 Saudara, sesuatu hubungan dan sesuatu perkara itu tidak buruk.

 Ia menjadi buruk hanya kalau kita menjadikan mereka idola @ berhala hidup kita.

 Tidak ada Remeo atau Juliet  atau sesiapapun yang seharusnya menjadi idola hidup ini.

 Kalau saudara sudah/telah menjadikan seseorang  idola hidup saudara, maka saya kira saudara harus mengubah cara saudara.

 Tetapi kalau hubungan saudara telah putus Puji Tuhan kerana tiada lagi berhala yang saudara simpan di dalam hati saudara.

 Telaga yang bocor itu telah disingkirkan dan sekarang saudara telah mendapat Air Sumber Kehidupan sebagai penggantinya.

 Mengambil satu langkah untuk kembali kepada Bapa lebih baik daripada tidak melangkah langsung.

 Dan mengambil satu langkah untuk pulang itu lebih baik daripada seribu langkah untuk pergi.

 Langkah pertama menuju kepada kesembuhan emosi ialah mengaku bahwa kita telah mempercayai dan hidup di dalam penipuan di mana berakhirlah hidup ini kalau sekira si dia meniggalkan kita.

 Kita juga harus mengaku bahwa kita telah berdosa, dengan menjadikan orang itu 'tuhan’ dalam hidup kita dan memberi dia kedudukan yang sepatutnya Tuhan saja yang layak mendudukinya.

 Selalunya hati kita hancur kerana kita menaruh terlalu banyak cinta terhadap seeorang ini lebih daripada apa yang Tuhan mahu kita berikan.

 Pemulihan akan terjadi hanya selepas adanya pertobatan; mengaku kesilapan dan kebodohan kita yang sungguh-sungguh di hadapan Tuhan dan bukan sebelumnya.

 Banyak kali kelukaan kita tidak dapat di sembuhkan sepenuhnya kerana kita hanya mencari Tuhan untuk  kesembuhan tetapi bukannya untuk pengampunan dan penyucian.

 Pertama-tama harus ada pengakuan dosa yang sungguh-sungguh., pertobatan yang sepenuh hati yang akan membawa kepada pengampunan, penyucian dan kesembuhan.


Tiada idola lain dalam hidup kita kecuali Tuhan 


   [ PrevIndexAtas |Next ]